PAPA UMMI SAYANG SASHA


Wednesday, November 25, 2009

Aku Yang Buta FB

Salam..

Sekarang ni kan memang zaman dah canggih manggih kan..Cara kite communicate pun da divariasikan. Nak communicate dengan orang yang jauh dan lama terpisah pun jadi lebih mudah. Jadi aku pun tak nak la tertinggal memeriahkan suasana.

Kalau nak join Friendster atau Myspace aku rasa aku da jauh tertinggal da..Jadi aku cuba la yang paling latest walaupun tak brape nak latest kan iaitu Facebook. Tapi dengan FB ni aku tak tau la..memang aku ni buta FB atau memang internet ofis aku ni yang problem ke atau email akaun aku yang problem ke.. Entah la...da fenin fenin lalat aku memikirkannya sampai da tahap merajuk da dengan FB ni..

Tapi bila check email aku tu kan, eee....banyaknye kawan mase kt kolej, kt sekolah menengah yang add aku...Rase cam tercekik tulang ayam pulak. Nak disimpan sakit, nak dikeluarkan tak boleh. Aku boleh bace org comment kt wall aku tp aku tak leh reply, aku nampak org add aku, tapi aku boleh telan air liur jek...Terseksa sungguh jiwa raga iniiiiii...

Ni kali yang kedua aku create akaun FB. Dan untuk kali kedua ni pun, same..Hampeh..Akaun yang pertama dulu aku buat tapi sampai sekarang tak dapat confirmation email untuk verify email aku tu adalah akaun sah dan dapat code untuk bukak FB aku. Oleh sebab frust, aku mintak tolong sepupu Papa pulak createkan akaun FB aku yang baru tapi menggunakan email akaun yang namanya dekat-dekat sama..At first, susah jugak..Masalah yang sama, tak dapat confirmation email..Bila da dapat, sampai 6 email confirmation aku dapat. Seronok la jugak sbb aku da ade FB sendiri kan..Baru berangan-angan nak jadi petani berjaya ngan Farmville, hampehh sekali lagi.

Bila aku nak bukak akaun FB aku tuh, dia ckp incorrect email pulak..Tapi bila aku bukak emailnye, ade sume org add, reply, comment kt FB aku tuh..Pening kan? Bile aku mintak tolong kat help center FB, dia ckp akan hantar email..Tapi sampai sudah, jangan kate email, sampul suratnye pun takde..Aku tak tau da nak buat camne..Jadi sebagai jalan penyelesaiannya, badge FB aku tu terpaksala aku remove sebelum org ingat aku sombong...

Nanti aku cuba buat akaun FB yang baru guna tenet kat umah pulak. Tapi kalau da kat umah tu, paham-paham jek la kan..Memang susah sket la aku nak ade mase untuk spent kt depan pc, sibuk melayan Sasha. Tapi dun wori okeh...aku cuba curik2 mase sket..Akan ku add balik sume kawan-kawanku n bloggers-bloggers baik hati yang add aku tuh..Tungggguuuu...





Jangan Dipandang Pada Takdir Yang Lain, Kelak Kita Akan Bertanya Mengapa Takdir Kita Tidak Sebegitu, Sedangkan Takdir Manusia Semuanya Berbeza...

Monday, November 23, 2009

Kenangan Itu Walau Menyakitkan Tidak Dilupakan

Salam..

Lama rasanya tak update pasal diri aku. Alhamdullilah, sihat. Cuma sejak naik kerja dari mc, aku kerap kena sakit tekak. Perit betul. Nak menelan pun susah..Kadang-kadang malam pun susah nak bernafas. Bila menarik nafas, terasa dinding tekak macam dihiris-hiris..Hari ni pun kena lagi sakit tekak sedangkan baru jek baik dari sakit tekak minggu lepas.

Entri kali ni nak mengimbas kenangan-kenangan masa kat Wad Melor 1 dulu. Sebab entri aku selalunya panjang-panjang, jadi cerita di sebalik cerita aku dibedah, kenalah hold dulu..



Pemandangan dari katil No 21. Katil No 4, sebelah pesakit yang tengah duduk termenung tu..Pada tingkap di tepi pesakit termenung tu, Papa selalu mengintai aku..


Masa mula-mula dapat katil, aku sebenarnya dapat katil no 21. Lepas dua hari aku kat katil ni, aku dipindahkan ke katil no 4. Malas pulak nk tanya misi kenapa aku ditukarkan. Mula-mula terfikir mungkin supaya senang aku nak ke tandas sebab katil no 4 ni setentang dengan bilik air. Tapi apa pulak keistimewaan penyakit aku sedangkan ada pesakit lain yang sakitnya lagi teruk dari sakit aku tapi katilnya punyalah jauh dari tandas..Mungkin misi cuma memenuhkan katil supaya yang awal-awal tak la kosong tanpa pesakit.


Aku da kumpul tiga tag..satu untuk Acha, satu dari maternity ward n satu ni dari surgical ward

Tangan kiriku sudah berparut..


Dicucuk lagi sebelah kanan...Auwww..

Sebenarnya ada cerita jugak di sebalik tangan-tangan aku ni.. Masa malam 14/10/2009 tu, misi cucuk jarum bersambung dengan tiub supaya boleh masukkan air dan ubat melalui salur darah. 17/10/2009, tengah ari masa misi nak masukkan antibiotik ke salur darah aku, misi perasan tangan aku membengkak merah. Sebenarnya setiap kali misi masukkan ubat, memang terasa sakit..macam ada benda menyucuk-nyucuk walaupun bila ubat tu masuk aku terasa sejuk. Aku ingat benda tu normal, dan terpaksa la tahan walaupun sakit.

Misi tu tanya aku sakit tak..Aku cakap sakit jugak..Dia cakap tahan sikit la eh..Bila dia masukkan ubat, kali ni terasa lebih sakit, pedih dari yang selalu. Baru separuh dia masukkan, aku dah tak boleh tahan lagi. Bila misi nampak aku da mula nangis, dia pun kelam kabut. Dan nak tak nak kena la cucuk satu lagi tiub dekat sebelah kanan pulak..Aduiii, lemah btul. Ubat pulak baru separuh yang masuk, ade 2 setengah injection lagi..Eeee...tak sukanya...Yang peliknya, kali ni bila ubat masuk langsung tak terasa sakit. Cuma terasa sejuk. Betulla, salur darah tangan aku di sebelah kiri da membengkak dan mungkin tersumbat dan tak boleh terima sebarang ubat lagi. Masa misi masukkan ubat, ubat tu meleleh keluar bukannya masuk ke salur darah.

Misi ni kelam kabut suruh aku jangan nangis lagi dan ingat aku nangis sebab aku marahkan dia. Tak, bukan sebab marahkan dia cuma terlalui sakit masa dia masukkan ubat tu di tangan kiri aku. Malu jugak dengan pesakit yang lain, tapi nak buat camne, mmg da tak tahan sangat. Tak lama lepas tu , Papa datang dengan Sasha dan MIL..Oleh sebab Sasha tak dibenarkan masuk, aku yang keluar dari wad. Tengah syok berbual dan main dengan Sasha, misi tu datang dan tanya 'nangis lagi tak?'...Hikhik..pengalaman yang menyakitkan dan memalukan.


Bahan-bahan sampingan untuk penyedap tekak..

Masa kat hospital tu, tekak aku ni memang besar sungguh seleranya. Nak roti la, goreng pisang la, biskut la, donut la, mee goreng la, bubur mcD la, bubur Marrybrown la..Nasib baik la Papa tu sabar jek layan peel orang sakit ni kan..Tapi masa sakit ni la nak bermanja bagai, mintak macam-macam, kalau sihat walafiat mau kena perli sebakul (kate nak diet, dietnye la yang oiii..makan jek dari tadi..) Hikhik..













Sepanjang aku dalam wad selama 7 hari ni, alhamdulillah..misi sume baik hati belaka. Cuma ada sorang misi ni jek la yang bengis semacam, tu pun yang da macam nak pencen..Mungkin stress, boring, laki merajuk ke apa kan..Tapi misi yang lain, memang tiptop servis diorang. Ramah, lembut..Tak macam kat maternity ward dulu..Apa nak buat kan, nak masuk yang second and first class tak mampu..nak tak nak terima jek la walau third class sekalipun..Jangan banyak komplen okeh..

Misi-misi bekerja ikut shift, dan ada jugak yang aku tengok kerja lebih masa. Sebelum pertukaran shift, ketua misi shift siang akan bagi penerangan setiap patient pada ketua misi shift malam..Kalau-kalau ade pertukaran, patient yang dah discharge, kuantiti ubat, dressing luka semuanya diterangkan sebelum ketua misi tu balik.

Oleh sebab aku lama bermastautin kat situ, jadi misi-misi ni da mesra alam dengan aku...Siap segala pergerakan hatta pergi ambik angin kat luar pun tulis kat report. Tersipu-sipu aku bila misi cakap aku da kluar wad tapi ditolak dengan wheel chair oleh Papa..

Cerita pasal patient-patient ni jugak berbeza-beza. Macam Ahso yang duduk sebelah katil selepas aku dipindahkan ke katil no 4 ni, orangnya muda lagi tau sebenarnya..Rasanya dalam lewat 30 an sbb anak dia pun aku agak masih bersekolah rendah lagi..Tapi semua misi panggil dia ahso, auntie..Muka dia pun cam takde nur jek..masam, toye, poyo..cam boring jek nak enjoy life..Agaknya sebab tu kot nampak lagi tua dari usia kot..

Ahso ni pesakit kencing manis. Aku tak pasti da berapa hari dia dekat wad, tapi yang pasti dah lama..Ibu jari kaki kiri dia mase tu da dipotong, dan sekarang kaki sebelah kanan dia pulak membusuk. Pernah masa misi dressing kaki dia, aku terpandang, mak aiiii...dagingnya memang da membusuk dan kalau tak dijaga betul, aku percaya ulat pun boleh hidup disebalik rekahan kaki dia. Yang pelik pasal Ahso ni, tabiat pemakanan dia. Aku rasa mmg patut kot dia dapat kencing manis. Sekejap-kejap makan, kejap makan sup, kejap makan mee, kejap makan roti, kejap makan biskut, minum susu, kejap buat teh, kejap minum nestum..Itu jek aktiviti dia sepanjang kat wad..Macam mana la nak baik cepat dan bacaan gula dalam darah tu nak turun kalau dia tak control makan kan?

Patient yang kedua pulak patient banduan. Sepanjang masa kaki patient ni digari pada tiang katil..Dia patah tangan dan tulang rusuk. Seluruh dada dia disimen, da macam pakai korset aku tengok. Masa hari pertama aku di wad, dia ke bilik air dengan wheelchair yang ditolak pegawai penjara. Tapi hari seterusnya, dia ke bilik air sendiri. Berpaut pada setiap meja katil sepanjang jalan ke bilik air. Yang membuat aku kagum, di mulutnya..Terkumat-kamit menyebut alhamdulilah, subhanallah, syukur ya Allah..sepanjang jalan tanpa jemu. Mungkin sakit itu betul-betul menginsafkan. Menurut cerita yang aku dengar, dia patah tangan dan tulang rusuk sebab melompat dari LandRover Polis yang menangkap dia atas tuduhan dadah dengan teman lelaki dia.

Masa malam sebelum aku discharge..wad penuh..sampai kan di jalanan wad terpaksa misi letakkan katil..Makcik ni dilanggar kereta. Sedar-sedar dah sampai kat tengah-tengah wad..Esoknya bile Dr Ayman nampak muka aku, dia tanya 'why are you still here?' Hampeh tul kan..aku punye la brape kali suruh Papa tanya misi aku boleh balik tak, alih-alih dia tanya nape aku tak balik lagi. Memang ramai yang Dr Ayman dischargekan ari tu memandangkan kesesakan wad..

Okeylah, ni cerita yang terakhir..Tentang scar, tentang kenangan scar....Terima kasih buat semua bloggers-bloggers yang baik hati, sentiasa mendoakan kesejahteraan aku, sama-sama berkongsi genangan airmata untuk aku, untuk Sasha, untuk Papa. Tanpa korang, mesti aku sepi..Tanpa korang, mungkin akan kurang orang yang mendoakan aku, tanpa korang mungkin aku tak tahu yang masih ade yang mengambil berat..Bagus kan org yang mencipta blog ni? Banyak btul manfaat blog ni..

Lupa pulak, ari last aku mc, aku jumpa Dr Rafedah seperti yang dijanjikan. Alhamdullilah, Dr Rafedah berpuas hati dgn luka jahitan aku. Katanya daging yang mengeras sepanjang luka tu akan lembut by time..Cuma yang sedikit membimbangkan, appoinment seterusnya.. Masa tu sample tiroid aku dibawak balik dari Hospital JB dengan resultnya sekali. Masa tu akan tahu la sama ada aku ade kanser atau pun tidak. Kalau positive kanser, aku akan dibedah di sebelah kanan pulak untuk buang semua kelenjar tiroid, bergantung vit kalsium dan kimo sepanjang hayat. Terasa lembik kaki, tapi macam biasa, aku suka buat macam takde pape berlaku. Harapnya kesukaan aku dgn menganggap tidak berlaku apa-apa itu menjadi kenyataan. Doakan aku!





Hari kedua selepas pembedahan..Bengkak kan..Sakit woo, mase ni..berdenyut denyut..


Gambar 27/10/2009..Mase ni luka pembedahan da kering..Banyak kuping-kuping yang tangan ni gatal sangat nak mengopeknya..


Gambar 20/11/2009...Kuping da takde..Da bersih kan luka..Dagingnya pun da lembut sikit..Dan yang penting lepas ni wajibbb pakai Bio Oil..




Jangan Dipandang Pada Takdir Yang Lain, Kelak Kita Akan Bertanya Mengapa Takdir Kita Tidak Sebegitu, Sedangkan Takdir Manusia Semuanya Berbeza...

Tuesday, November 17, 2009

Hujung Minggu Acha

Halu sume...Acha tengah excited naik cable car nih


Salam..

Hari Ahad hari tu buat pertama kalinya kitorang memecah tradisi iaitu membuang masa di shopping complex sebab bawak Sasha pergi main kat Playworld ni..Aku namakan tempat ni Playworld sesuka hati jek sbb yang sebenarnya nama dia Caption Station kalau tak silap. Suka-suka jek kan?

Selalunya kalau hari Ahad ni kitorang lepak2 jek kat umah, bersantai-santai dan layan anak dara aku tuh bersukaria dengan Papa Ummi dia yang busy memanjang ni. Sebab da berapa kali tak larat dah nak kira duk cakap ngan Papa nak bawak Sasha main kat sini, akhirnya Papa pun layann jek la anak dara dan mak dara dia nih..

Kat dalam ni memang syurga permainan untuk bebudak la aku rase..Tapi untuk yang boleh berjalan la..Yang tak pandai jalan lagi macam Acha, memang termenung jek la tgk org main. Dan tak memasal Papa kena la jadi kekanak ribena sekali sebab temankan la Acha main sume permainan yang tak memerlukan kaki Acha untuk bermain. Aku, of course jadi poyographer (pinjam ayat eliza jap)..tgk gambar2 tu..Sumenye poyo2 belaka..hikhik..


Ngeng..ngeng..pin pin pin...

Wau..seksinye amoi nih..tersnap lak gambar die...


Sebenarnya motif aku datang sini nak bagi Sasha masuk kat dalam tu..Korang nampak kan yang macam istana tu..tu ala ala gelongsor pelampung angin yang aku pun tak tau panggil apa. Pastu ada satu lagi tempat ni dia macam bilik kecik jek tapi dalamnye penuh ngan bola2 kecik warna warni. Ala ala swimming pool penuh ngan bola. Ingat nak suruh Sasha berenang dalam tu.. Tapi Papa dengan tegasnya cakap tak boleh la, kalau Sasha da pandai jalan lain la.



Huwaaaaa....buhsannnyeeee Paaappaaaaa...(muke buhsan kan?)

Oleh sebab tak boleh masuk dalam tempat yang aku nak bagi Sasha main tu, sasaran kami adalah mainan-mainan luar kawasan tu la kan..Sebenarnya setiap kali berjalan, kalau ternampak machine-machine macam ni, yang kita masukkan syiling 50sen tu, pastu machine ni menyanyi la sambil joget-joget, aku mesti naikkan Sasha atas mainan- mainan macam ni. Agaknya sebab da kerap sangat naik mainan ni, Sasha macam tak jakun cam aku jek..Aku jek yang excited terlebih. Dia buat muka selamba jek, macam takde perasaan.

Mase first time aku nampak fake JCB ni kat dalam playworld ni terkejut jugak tau..Ada gak rupanya mainan bentuk JCB nih, slalu bentuk Doraemon la, kuda la, tapi kali ni bentuk JCB lak..Aku tengok bukan setakat budak2 jek main, budak2 remaja yang tak berapa remaja pun layan jugak benda ni..Fake JCB ni siap ade paddle yang kita leh control dia punya jengkaut tu..Bunyinya lak kuat giler lak tu..da macam JCB betul pulak..Tapi Sasha memang minah kontrol cun betul la..saje jek...Kalau budak lain ni mesti da melalak takut bunyi bising tu..








Ummi, sibuk jek Papa ni...pegang pegang...


Pas layan JCB tipu tu..kitorang layan lak Cable Car nih..Kat dashboard cable car ni, ada cam display game..ada macam map, pokok, railway dan train..ada satu paddle ni kalau kite tolak ke bawah train ni akan bergerak sepanjang railway tu la..Sambil joget-joget layan lagu cable car tu, kitorang layan la train tu..tengok Sasha cam excited jugak la nak pegang train tu..


Eeee....org sebelah ni drive sambil ngurat2 Acha la..Nyampah tau...

Ni lak layan teksi..Anak dara nih berangan nak drive dan paksa Papa dia duk kat belakang. 'Jangan pegang2 okeh, Acha nak drive ni ' Agaknya kot Sasha cakap macam tu..

Kat sini semua mainan-mainan ni nak main kena la insert token..Kalau kat Mall kita kena masukkan coins, kat sini tokens..satu token sama dengan 50sen..Sama jugak kan..Cuma yang tak samanya, kalau machine-machine yang canggih sikit, kena masuk 3 tokens, da RM1.50 kan..Kalau yang biasa-biasa tu kena insert 2 tokens, da RM1.00..Rugi da RM0.50 kan? Isk, tetiba jadi kedekut pulak aku..Takde la, sebab machine2 ni same jek macam machine kat luar sane, masuk duit, joget dua tiga minit, da abis..gitu jek..Cuma yang bezanya bentuk dia tu la, cangih n comel sket..Secara praktikalnya tetap sama..nyanyi, joget2, habis..itu jek..No wonder la kan, Sasha cam buhsan jek aku naikkan machine2 ni..


Help help...

Okey Acha, ni tekan sini..nanti dia naik ngeng ngeng bunyi dia..Paham tak sayang?


Ni pulak mase kitorang naik machine yang ada monyet berpusing-pusing sambil pegang pisang. Macam biasa la kena pegang paddle gerakkan la ke bawah ke atas, baru la bergerak-gerak benda-benda yang lain yang sepatutnya bergerak..Tak banyak sebenarnya machine yang kitorang bawak Sasha main ari tu. Banyak machine yang ada dalam ni cuma rasanya Sasha lum sesuai lagi main. Nantila, tunggu dia besar sikit..Barula dia enjoy bermain..

Selesai bermain walaupun Papa jek yang macam menikmati permainan2 tu sume, kitorang singgah jap rumah Mas. Terubat la sikit rindu Mama Mas yang asyik teringatkan Sasha. Tengok sepit, ingat Sasha. Tengok baju, ingat Sasha. Tengok kasut, ingat Sasha. Untung Sasha, ada ramai nenek yang sayang dia.

Nota selit : Korang perasan tak Sasha ni obvious sangat muka dia cam Papa kan? Aku jeles tau..Tetiba nak jadi Ummi yang tamak. Kalau boleh semua pasal Sasha nak mesti sama macam aku. Padahal same jek, dari BAKA yang sama.


Jangan Dipandang Pada Takdir Yang Lain, Kelak Kita Akan Bertanya Mengapa Takdir Kita Tidak Sebegitu, Sedangkan Takdir Manusia Semuanya Berbeza...

Friday, November 13, 2009

Penantian Yang Berbaloi-Baloi

Salam

Ade berita gumbira...Papa dapat kerja baru..

Sebagai isteri, aku gembira tengok dia gembira. Kesian bila hari-hari dia stress semacam jek balik dari kerja. Muka pun masam. Ni da dapat kerja baru, sesuatu yang dia minat, harapnya dia lebih bersungguh-sungguh buat kerja dengan lebih baik.

Harapnya juga dengan kerja ni juga akan mengubah kehidupan kami sekeluarga. Terima kasih Ya Allah kerana Kurnia Mu ini sangat tidak ternilai.


Tetiba jek nak jadi one big happy family...hikhik

Nota selit : Kalau la aku yang di tempat Papa, dunia ini pasti lebih bahagia..(Bunyi cam sesuatu jek kan)


Jangan Dipandang Pada Takdir Yang Lain, Kelak Kita Akan Bertanya Mengapa Takdir Kita Tidak Sebegitu, Sedangkan Takdir Manusia Semuanya Berbeza...

Thursday, November 12, 2009

Yang Sebenarnya


Sasha nampak kurus la..Derita merindu..



Da boleh toncet rambut walaupun dia tak suka ditoncet..Rambut da panjang



Ye la...tomel la tu wat muka camtu..Hari Selasa hari pertama aku discharge ward. Muka hepi dapat jumpa Ummi..





Sesi bermain dengan Nenek dan bear bear masa aku takde..

Hmmmm...

Salam..

Yang sebenarnya..

Sepanjang tujuh hari aku bertapa di hospital, cuma hari pertama jek yang Sasha in good behave..Hari lain? Hmm...semuanya hampeh..Dia tak buat benda lain kecuali mengaruk. Siang dan malam. Sebab tu setiap kali Papa melawat aku, Papa da macam retired model. Bawah mata ade semua pakej lengkap, dark circle n eye bag.

Siang Sasha dera nenek, malam Sasha dera Papa. Hari Khamis, hari aku dibedah, Sasha mengamuk tahap gaban. Memang ngamuk macam esok-esok tak boleh mengamuk. Satu hari Sasha dera nenek mintak dukung sampai sakit-sakit pinggang nenek. Sampai satu tahap, nenek pulak yang nangis. Bila da tahap camtu, kelam kabut adik-adik ipar aku pulak volunteer layan Sasha. Nenek cakap jugak dengan Sasha, ' Cha, Ummi kat hospital tengah bersabung nyawa tu Cha. ' Tapi, apalah yang baby seusia Sasha faham kan?

Setiap malam, Sasha tidur cepat. Satu benda yang dia tak pernah buat sepanjang aku ada. Kalau aku ada, paling cepat dia tidur pukul 10. Tapi bila aku takde, pukul 8.30 da tidur. Tidur cepat, bangunnya pun cepat. Pukul 5.00 pagi da bangun. Bangun dengan jam loceng pulak tu. Setiap kali bangun, dia akan menangis sekuat hati macam alarm sampai satu rumah bangun. Kejut Nenek, Papa, Pak Ngah, Pak Uda dan Mak Ucu. Entah-entah jiran-jiran pun bangun.

Yang sebenarnya..

Aku ingat Sasha langsung tak rindukan aku. Selalu aku tanya kat Papa ' Mesti Sasha tak rindukan Ayang kan Pa? ' sampai Papa marah. Mana la ada anak tak rindukan emak kan? Aku cakap macam tu sebab Sasha ni kalau aku ada dia macam tak berapa hirau sangat. Dia tak sibuk mintak aku dukung setiap kali aku balik kerja tak macam bila dia nampak Papa. Jadi aku ingat dia tak rindukan aku la bila aku takde.

Papa cakap, setiap kali Papa balik dari melawat aku. Sasha macam tertinjau-tinjau aku kat pintu sebab selalu kalau balik kerja, kitorang balik saing.. Lepas Papa masuk, aku masuk. Kalau aku masuk dulu, Papa pulak masuk. Tapi sepanjang seminggu tu, Papa sorang jek yang masuk. Mungkin Sasha terasa ada yang kurang. Seorang UMMI...

Bila berbuai, Sasha macam susah nak lena. Nenek ambik tuala aku, gulung-gulung bagi Sasha peluk. Baru dia boleh lena. Sebab semua baju kotor aku awal-awal Papa dah basuh, cuma tuala jek yang ada.


Yang sebenarnya...

Aku cuma berani tanya Papa pasal Sasha melalui SMS jek. Sebab setiap kali aku cuba tanya Papa, aku mesti nak nangis. Pernah Papa tunjuk video yang dia ambik masa Sasha tengah main, baru tengokm sikit aku dah banjir.

Aku jugak tak berani nak tengok gambar Sasha kat HP Cik Kiah aku tu. Baru tengok dua tiga pics, aku da nak nangis. Pulak tu, setiap kali aku tanya Papa Sasha ok jek...Macam langsung tak ingat dan rindukan aku. Rupanya...

Yang sebenarnya...

Tiub tu memang dimasukkan ke dalam tekak aku. Tapi semasa aku tak sedar. Kesannya, seminggu aku batuk. Macam nak tercabut nyawa setiap kali batuk. Perit betul. Kata misi, kesan sebab tiub tu da dijolok ke tekak aku.


Yang sebenarnya...

Makanan aku selain dari bubur...Aiskrim, jeli dan air kotak. Sooo special...Memang digalakkan makan yang lembut dan sejuk. Takut bleeding kat dalam. Setiap kali Papa datang, mesti bawak aiskrim.


Nota selit : Malas nak bermadah-madah macam style tulisan sebelum ni..mungkin aku patut menulis kot.


Jangan Dipandang Pada Takdir Yang Lain, Kelak Kita Akan Bertanya Mengapa Takdir Kita Tidak Sebegitu, Sedangkan Takdir Manusia Semuanya Berbeza...